Tuesday, 26 July 2011

Harimau Malaya lawan Singa



      Persoalan pertama, mampukah Harimau membaham Singa? National Geografi pernah tunjuk ke harimau dan singa bergaduh? Perlawanan pusingan pertama, Malaysia tewas kepada Singapura 3-5, Benteng Malaysia terlalu mudah melepaskan 5 gol. Alasan seperti padang rumput tiruan menjadi topik hangat dan punca utama Malaysia tidak mampu mengekang serangan pemain Singapura yang dibarisi pemain-pemain import seperti Duric dan Qui Li. Kemudian ketua pasukan yang menjadi nadi pasukan Malaysia Safiq Rahim digantung perlawanan akibat menerima kad merah. Berita yang terhangat pada masa kini tiket perlawanan Malaysia menentang Singapura di stadium national Bukit Jalil hampir habis. RM30 dan Rm50 pun habis.kalau RM100 pun mungkin laris punya akibat semangat demam bola sepak negara pada masa kini selepas kemenangan membanggakan Malaysia ketika piala aff suzuki cup. Jersi Malaysia juga seolah-olah menjadi barang wajib bagi rakyat Malaysia.oopps terlebih pula..Barisan anak didik rajagobal perlu mengharungi detik-detik ini, mereka perlu menang bagi memastikan semangat rakyat Malaysia yang dilanda semangat bola ini tidak hilang. Skuad Harimau Malaya tidak boleh terlalu yakin dan haruslah berwaspada, benteng negara perlu dikawal rapi..pemain tengah seperti Ismail Faruqhi perlu bermain dengan lebih baik sekiranya diberi peluang bermain 1st eleven lagi..buktikan anda terpilih bukan kerana nasib okeyh..anyway hope you guys can do the best.live perlawanan di astro arena, astro supersport dan astro supersports HD.
:- estimate perlawanan Malaysia menang 3-0



No comments:

Post a Comment