Tuesday, 26 July 2011

Tiket Laris Bagai Pisang Goreng Panas??

Tiket apa yang laris sangat tu?apa lagi kalau bukan tiket perlawanan bolasepak kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapura.Menurut Malaysiakini  http://www.malaysiakini.com/news/171133 ribuan penyokong Harimau Malaya berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil bagi mendapatkan tiket perlawanan tersebut. Ulat-ulat tiket mengambil kesempatan ini untuk mendapat untung lebih. Menurut sumber dari FAM tiket masih lagi dijual di kaunter tiket pintu kuning stadium bukit jalil, stadium shah alam dan stadium mbpj. lebih daripada 63 ribu tiket telah pun dijual kepada orang ramai selepas 2hari kaunter tiket dibuka. Mesti meriah kali ni, harapan penyokong Malaysia ialah menyaksikan Malaysia layak ke pusingan ke 3 seterusnya layak ke pusingan akhir piala dunia 2014 di Brazil. IMPOSSIBLE IS NOTHING kata adidas JUST DO IT kata nike. Tinggal tidak kurang daripada 24jam lagi Malaysia perlu menghadapi saat getir.Seluruh rakyat Malaysia meniti saat yang mendebarkan ini.Malaysia tiada pilihan selain daripa menyerang sehingga wisel penamat dibunyi kan. Ayuh semua rakyat Malaysia doakan kejayaan skuad Harimau Malaya kali ini. Selapas isu Batu Puteh, Stesen Kereta Api Tanjung Pagar,Malaysia perlu menang bagi mengubati hati rakyat yang terluka.




khidmat anda ditagih safee sali -_-

No comments:

Post a Comment